Followers

Friday, May 25, 2012

puding jagung

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

jumaat, 25 mei 2012 bersamaan 4 rejab 1433H.
hari berlangsungnya manis untuk yang terakhir kalinya bagi semester 1, 2012.
alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kita bersama-sama berkumpul, berkenal bermesra, berbual bercanda.
moganya, manis juga mampu menjadikan kita teman sama-sama tangis dan duka.
dan mudahan juga majlis yang kiranya layak dipanggil majlis ilmu ini dapat kita manfaatkan isinya, dapat kita sama ambil iktibar, dapat kita sama amalkan apa yang baik.
dan harapnya, apa yang tidak baik itu, dapatlah sama kita jauhi dan sempadani.
insyaAllah.

barangsiapa yang bertambah ilmunya tapi tiada bertambah amalnya,
tiadalah bertambah baginya apa-apa dengan Allah,
kecuali bertambah j.a.u.h

baiklah, tujuan sebenar entry ini di-create adalah untuk berkongsi resipi puding jagung tadi since ada yang request. hikhik malu pulak.
kalau boleh telan masuk perut tu, alhamdulillah.
tapi kalau semua orang sakit perut esok, maaflah.
eh, terpantun pulak. jadi tanpa berlengah, ingin saya persembahkan resipi puding jagung berkuah yang dibawa dari kampung ini. resipi tipu-tipu je.
tidaklah sesedap mana mungkin, tidak juga seprofesional chef, namun untuk berkongsi, empunya cuma bersudi.

puding jagung
2 senduk tepung kastad
1.5 senduk gula
1 cawan air
0.5 tin jagung cream / corn kernel
secubit garam

campurkan semua sekali harung je dan masak di atas api sederhana sambil dikacau constantly.
masak sehingga kepekatan dan warnanya keberkilatan.
siap. masukkan dalam bekas, sejukkan dan barulah dimakan kalau sik mahu lidah melecur hihi.

kuah puding
1 tin susu cair
1 senduk gula
1 sudu besar tepung kastad
secubit garam

sekali lagi, campurkan semua sekali harung juga dan masak di atas api sederhana sambil dikacau constantly.
masak sehingga sedikit kepekatan dan hingga mendidih.
siap. sejukkan dan mungkin lebih sedap jika berais batu.

fruit cocktail, sila beli di gk sahaja. tak perlulah nak beli buah dan potong-memotong bagai. kerana masa kita amat berharga dan perlu diisi dengan perkara yang lebih berfaedah seperti ulangkaji dan sebagainya.


itulah dia ye puan-puan resipi kita buat kali ini.
simple bukan. applicable untuk students mungkin. alasan
selamat mencuba. mudah-mudahan menjadilah. ameen.

till then, wassalam =)
read more...

Tuesday, May 8, 2012

Kami Sayang Palestin

Assalamualaikum wbt,




InsyaAllah, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam perjuangan mereka. Sisters masih ingat tak, ketika MANIS session "Price Tag", kami ada beri pengumuman tentang Kempen Kesedaran Palestin yang akan diadakan semester depan? Di sini kami ingin menyeru sisters utk berikan idea-idea yg bernas kepada kami sebagai salah satu usaha utk menjayakan program ini. Kami percaya student Curtin pasti mantopzzz...^^

oklah, jikalau sisters ada cadangan dan buah fikiran yang mantop lagi legend, boleh lah suarakan pendapat sisters di ruangang facebook group CIS(kan teknologi maju sekarang...) atau kalau yang malu-segan-silu tu boleh lah berjumpa/berkontek fb/chat dengan mana-mana saja team MANIS. Nanti insyaAllah kami akan sampaikan amanah sisters kpd komiti program ini.. Renung-renungkan nasib mereka dan selamat beramal..

Regards,
Si Gadis MANIS ;)


read more...

Wednesday, May 2, 2012

Gadis Semasa


Assalamualaikum wbt,

"Sesungguhnya Allah itu indah, dan mencintai yang indah, murah hati, dan menyukai kemurahatian, menyukai akhlak yang luhur, dan membenci akhlak yang rendah."(HR Al-Baihaqi)


Pada sesi pertama MANIS, kami membawakan isu paling terhangat sehangat lagu Yuna pada ketika ini, 'Gadis Semasa'.

Dalam sesi ini, kami membincangkan apa erti kecantikan dari setiap segi untuk individu yang berbeza. Dengan segala syoknya, pihak MANIS telah pun menjemput 3 wanita pilihan untuk bincangkan isu ini.

Panel pertama kami, Nur Syahira adalah seorang fesyen designer yang statusnya masih single dan sekarang ini tengah meluaskan perniagaannya ke peringkat international gituu..

Cik Ira menekankan bahawa dia perlu cantik untuk orang. Bukan kerana untuk diri sendiri. Sebagai seorang public figure, kecantikan adalah amat penting supaya orang sekeliling percaya dengan perniagaannya.

Bagi Lady Wawa pula, panel kami yg kedua, sebagai wanita Malaysia pertama yang layak ke kejuaraan Motor GP Antarabangsa(baru layak, tak menang lagi..), kecantikan yang sebenar apabila kita menjadi diri sendiri. Menurutnya, walaupun pemakaian seperti jejaka macho, tapi tak menghalang dia daripada menjadi seorang suri rumah yang professional. Memang untung bagi sesiapa yang menjadi suaminya(Lady Wawa memuji diri sendiri..).

Untuk mendapatkan info yang berguna, kami turut menjemput Professor Summaiyah, pakar psikologi yang baru sahaja melangsaikan PhD nya di UK University. Dalam kajiannya, hampir semua wanita di Malaysia mementingkan kecantikan fizikal dan menyalahertikan maksud kecantikan sebenar. Isu ini begitu hangat sampaikan mampu bawa kestressan tahap melampau kepada gadis-gadis kini. Baginya, maksud kecantikan bukan sahaja fizikal, tapi juga rohani. Ini kerana kecantikan fizikal boleh hilang ditelan dek masa, tapi kecantikan akhlak insyaAllah akan kekal. Yang penting kita perlu menjaga hubungan dengan Allah, dan menurutnya, hidayah bukan jatuh di atas riba, ia perlu diusahakan. Kerana cinta pada Allah adalah satu proses..

Baiklah, semoga pengisian 'Gadis Semasa' mencetuskan idea-idea supaya sisters semua dapat fikir apa penting untuk kecantikan diri.


Pesanan hari ini:



Regards,
Si Gadis MANIS ;)
read more...
 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©