Followers

Wednesday, May 2, 2012

Gadis Semasa


Assalamualaikum wbt,

"Sesungguhnya Allah itu indah, dan mencintai yang indah, murah hati, dan menyukai kemurahatian, menyukai akhlak yang luhur, dan membenci akhlak yang rendah."(HR Al-Baihaqi)


Pada sesi pertama MANIS, kami membawakan isu paling terhangat sehangat lagu Yuna pada ketika ini, 'Gadis Semasa'.

Dalam sesi ini, kami membincangkan apa erti kecantikan dari setiap segi untuk individu yang berbeza. Dengan segala syoknya, pihak MANIS telah pun menjemput 3 wanita pilihan untuk bincangkan isu ini.

Panel pertama kami, Nur Syahira adalah seorang fesyen designer yang statusnya masih single dan sekarang ini tengah meluaskan perniagaannya ke peringkat international gituu..

Cik Ira menekankan bahawa dia perlu cantik untuk orang. Bukan kerana untuk diri sendiri. Sebagai seorang public figure, kecantikan adalah amat penting supaya orang sekeliling percaya dengan perniagaannya.

Bagi Lady Wawa pula, panel kami yg kedua, sebagai wanita Malaysia pertama yang layak ke kejuaraan Motor GP Antarabangsa(baru layak, tak menang lagi..), kecantikan yang sebenar apabila kita menjadi diri sendiri. Menurutnya, walaupun pemakaian seperti jejaka macho, tapi tak menghalang dia daripada menjadi seorang suri rumah yang professional. Memang untung bagi sesiapa yang menjadi suaminya(Lady Wawa memuji diri sendiri..).

Untuk mendapatkan info yang berguna, kami turut menjemput Professor Summaiyah, pakar psikologi yang baru sahaja melangsaikan PhD nya di UK University. Dalam kajiannya, hampir semua wanita di Malaysia mementingkan kecantikan fizikal dan menyalahertikan maksud kecantikan sebenar. Isu ini begitu hangat sampaikan mampu bawa kestressan tahap melampau kepada gadis-gadis kini. Baginya, maksud kecantikan bukan sahaja fizikal, tapi juga rohani. Ini kerana kecantikan fizikal boleh hilang ditelan dek masa, tapi kecantikan akhlak insyaAllah akan kekal. Yang penting kita perlu menjaga hubungan dengan Allah, dan menurutnya, hidayah bukan jatuh di atas riba, ia perlu diusahakan. Kerana cinta pada Allah adalah satu proses..

Baiklah, semoga pengisian 'Gadis Semasa' mencetuskan idea-idea supaya sisters semua dapat fikir apa penting untuk kecantikan diri.


Pesanan hari ini:



Regards,
Si Gadis MANIS ;)

0 comments:

Post a Comment

 
 

Diseñado por: Compartidísimo
Scrapping elementos: Deliciouscraps©