assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
jumaat, 25 mei 2012 bersamaan 4 rejab 1433H.
hari berlangsungnya manis untuk yang terakhir kalinya bagi semester 1, 2012.
alhamdulillah, dengan izin Allah, dapat kita bersama-sama berkumpul, berkenal bermesra, berbual bercanda.
moganya, manis juga mampu menjadikan kita teman sama-sama tangis dan duka.
dan mudahan juga majlis yang kiranya layak dipanggil majlis ilmu ini dapat kita manfaatkan isinya, dapat kita sama ambil iktibar, dapat kita sama amalkan apa yang baik.
dan harapnya, apa yang tidak baik itu, dapatlah sama kita jauhi dan sempadani.
insyaAllah.
barangsiapa yang bertambah ilmunya tapi tiada bertambah amalnya,
tiadalah bertambah baginya apa-apa dengan Allah,
kecuali bertambah j.a.u.h
baiklah, tujuan sebenar entry ini di-create adalah untuk berkongsi resipi puding jagung tadi since ada yang request. hikhik malu pulak.
kalau boleh telan masuk perut tu, alhamdulillah.
tapi kalau semua orang sakit perut esok, maaflah.
eh, terpantun pulak. jadi tanpa berlengah, ingin saya persembahkan resipi puding jagung berkuah yang dibawa dari kampung ini. resipi tipu-tipu je.
tidaklah sesedap mana mungkin, tidak juga seprofesional chef, namun untuk berkongsi, empunya cuma bersudi.
puding jagung
2 senduk tepung kastad
1.5 senduk gula
1 cawan air
0.5 tin jagung cream / corn kernel
secubit garam
campurkan semua sekali harung je dan masak di atas api sederhana sambil dikacau constantly.
masak sehingga kepekatan dan warnanya keberkilatan.
siap. masukkan dalam bekas, sejukkan dan barulah dimakan kalau sik mahu lidah melecur hihi.
kuah puding
1 tin susu cair
1 senduk gula
1 sudu besar tepung kastad
secubit garam
sekali lagi, campurkan semua sekali harung juga dan masak di atas api sederhana sambil dikacau constantly.
masak sehingga sedikit kepekatan dan hingga mendidih.
siap. sejukkan dan mungkin lebih sedap jika berais batu.
fruit cocktail, sila beli di gk sahaja. tak perlulah nak beli buah dan potong-memotong bagai. kerana masa kita amat berharga dan perlu diisi dengan perkara yang lebih berfaedah seperti ulangkaji dan sebagainya.
itulah dia ye puan-puan resipi kita buat kali ini.
simple bukan. applicable untuk students mungkin. alasan
selamat mencuba. mudah-mudahan menjadilah. ameen.
till then, wassalam =)







1 comments:
apam polka dot!!! nak bawak balek smnjung..sape yg buat?
Post a Comment